Friday, June 18, 2010

Thanks

huhuhu...emmm akhirnya si dia sudi berkawan n memberi keizinan serta peluang untuk alam mengenali dirinya dengan lebih dekat n mesra...thanks ek...susah jugak sebenar nya nak meyakin kan orang yang kiter betul2 tertarik n minat kat dier...oleh sebab dier telah memberikan keprcayaan...so insyaallah alam akan beri 100% kepadanya...buat baik yang terbaik....cayok!

Wednesday, June 16, 2010

Perasan

Perasan....tu la perkataan yang boleh aku katakan...adakah aku perasan???atau terperasan??atau tak perasan???kadang2 kiter terasa yang kiter ni buat sesuatu kerja mcm syok sendiri...walhal..benda yang kita buat tu untuk meyakinkan dier yang kiter nak mendekati n mengenali dier...tapi bila dah mcm tak berapa nak endah atau buat mcm acuh tak acuh...mula la rasa tebal muka sendiri...susah nak dapat keprcayaan seseorang..tak kesah la dari segi apa pun terutama nya CINTA...tu yang kdng2 rasa mcm bertepuk sebelah tangan jerk...kalau tepuk kedinding pun ader bunyi nyer...tapi pd aku semua tu bukan alasan untuk aku terus mendekati diri nya...melainkan dier sudah berpunya atau dier akan mengatakan tidak untuk aku....

Monday, June 14, 2010

Pandangan Terhadap Alam

1. Pandangan Zahir Semata-mata
Inilah pandangan kebanyakan manusia. Meraka ini hanya melihat alam dengan pandangan mata biasa.Apa yang mereka dapat juga adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja.Mungkin hanya ucapan, "indah, cantik" atau perkataan lain yang yang terluncur daripada mulut mereka.Mereka ini terlindung daripada "melihat" sesuatu yang lebih hakiki. Mereka tidak akan dapt melihat bukti kewujudan Allah melalui penciptaan alam. Golongan inilah yang ditempelak oleh Allah melalui firmannya-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakkan. bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang lalai"(surah al-A'raf 7:179)

Tuesday, June 8, 2010

Aper nak buat???

Salam all reader...ai..baru dua hari parent aku takder dah gaser mcm rindu kat they all...pagi tadi abah n mak aku call dari Jeddah..alhamdulillah happy jerk suara they all..aku pun happy gak dapat dengar suara they all...tapi pastu aku dah siap mandi..ingat nak keluar la g lepak kat memaner smbil smbil ambil gmbar..tengok2 tayar kete aku pancit lak...adoi...nasib baik abah aku nyer tayar spare ada..hahah pinjam la kejap...g kedai rupa nya tak bocor pun tapi angin keluar jerk??? apek tu cakap la."dari mana angin tu keluar??" tanya aku dengan selamba apek tu cakap "dari lubang la"..aku mcm tak beraper nak paham aku tanyer lagi"kalau ada lubang mean bocor la apek kan??" pastu apek tu cuba menegakkan benang yang basah"tak bocor la kawan tapi angin keluar jerk" ...ikut ko la apek..mals nak bertekak ngan ko...huhuhuh...so moral nyer kat dunia ni kengkawan...mcm2 jenis manusia ada..so renung2 kan la n selamat beramal...

Friday, June 4, 2010

jadual ku yang ketat

Menyediakan diri n menyesuaikan diri untuk menjadi suri rumah tangga selama seminggu kerana keberangkatan ayahanda n bonda ku ke Jeddah untuk menunaikan Umrah...Wahai adik2 ku yang baik2 belaka...bersiap sedia la kamu untuk merasa masakan abang mu ini...

Thursday, June 3, 2010

Jeritan hati.........

Tercalar pelangi dihiris gerimis,Senja pun merangkap menutup mentari,Terbias warnanya kewajah...Lagu kedamaiyan telah lama hilang,Kini yang tinggal hanya ketakutan,Musnah kasih sayang dan persaudaraan,Kemusnahan bermaharaja lela,Yang lemah menjadi mangsa...Anak2 kecil mengoncangkan ibunya yang lemah longlai taklagi bernyawa,Jeritan suara batinnya,Taksiapa mendengarnya...

Wednesday, June 2, 2010

Assalamualaikum Semua...Apakah yang paling dekat dengan manusia?Adakah hari ini kita dapat mengekalkan keindahan alam untuk keesokkan harinya??Apakah kita dapat melihat keindahan alam hari ini pada keesokkan harinya??
Pandngan Islam terhadap alam sekitar adalah berasaskan kepada wahyu al-Quran dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Beberapa ayat al-Quran mengenengahkan perhubungan erat antara manusia dan alam ini, serta Penciptanya. Tiada pengasingan antara manusia, alam sekitar dan Allah s.w.t. Perkara in diterangkan dalam ayat 126 dari Surah An-Nisa yang bermaksud;"Kepunyaan Allah jua apa-apa yang di langit dan di bumi, dan pengetahuan Allah maha meliputi segala sesuatu."

Tuesday, June 1, 2010

"...Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat pertujuk, dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat pertunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran
"... Dan Dia-lah Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) daripada kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur."
"...Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah- Nya. Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami-(Nya), dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan pelbagai macamnya. Sesunguhnya, pada yang demikian itu benar-benar tedapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran."

Belajar Daripada Alam

Dalam surah al-Nahl ayat 10 hingga 17, yang bermaksud;
"Dia- lah yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan)tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembala binatang ternakan. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan"