Monday, June 14, 2010

Pandangan Terhadap Alam

1. Pandangan Zahir Semata-mata
Inilah pandangan kebanyakan manusia. Meraka ini hanya melihat alam dengan pandangan mata biasa.Apa yang mereka dapat juga adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja.Mungkin hanya ucapan, "indah, cantik" atau perkataan lain yang yang terluncur daripada mulut mereka.Mereka ini terlindung daripada "melihat" sesuatu yang lebih hakiki. Mereka tidak akan dapt melihat bukti kewujudan Allah melalui penciptaan alam. Golongan inilah yang ditempelak oleh Allah melalui firmannya-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakkan. bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang lalai"(surah al-A'raf 7:179)

No comments: